Apakah PAS ingat bahawa pengundi di DUN Sungai Limau
boleh ditipu atau semacam lembu dicucuk hidung? Untuk meraih simpati pengundi
dan undi dalam PRK DUN Sungai Limau, PAS sanggup berbohong kepada rakyat atas
nama Islam.
Beginikah kiranya mahu memilih pemimpin PAS sebagai ADUN
di Sungai Limau? Hakikatnya PAS kini bukan sahaja mencemarkan imejnya sebagai
parti yang membawa ajaran Islam sebaliknya juga mencemar imej Islam itu
sendiri.
Sepanjang pemerintahan PAS di DUN Sungai Limau selama 26
tahun dan PAS memerintah Kedah selama 5 tahun, apakah pembangunan yang dibawa
PAS kepada penduduk DUN Sungai Limau?
Jika mereka yang dari luar Kedah datang ke kawasan DUN
Sungai Limau pasti terkejut apabila melihat bagaimana daifnya pembangunan yang
dihadapi penduduk Sungai Limau di sepanjang pemerintahan PAS.
Sikap pemimpin PAS yang sanggup berbohong kepada rakyat
dengan menggunakan akhbar propembangkang Sinar Harian sehingga sanggup mengedit
dan mengubahsuai gambar calon PAS kononnya begitu mesra dengan Allahyarham Tan
Sri Azizan semasa menjadi Menteri Besar Kedah. Apakah akhbar itu sengaja atau
tidak melihat gambar itu sebelum disiarkan atau berkompromi sebagai usaha bahan
kempen PAS?
No comments:
Post a Comment