Biarpun Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu bahawa PAS sudah terasa panas dan cuba
mempolitikkan kenyataannya mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi
gula dengan penyakit kencing manis yang dialami bekas Menteri Besar Kedah,
Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Sebagai manusia, kalau
kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan
keluarga...saya mohon maaf," itu kata-kata yang dilafazkan oleh Timbalan
Perdana Menteri berhubung dakwaan kononnya beliau mempersendakan kematian bekas
Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak Sabtu lepas.
Begitulah 'gentelman'
orang nombor dua negara tersebut, walaupun bagi sesiapa dengar sendiri ucapan
beliau tidak ada langsung nada mempersendakan atau menyindir dalam ucapan
beliau mengenai keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit
kencing manis yang dialami Azizan.
Namun kata Muhyiddin,
"Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada
ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf...
Menurut Muhyiddin,
sebenarnya sesiapa yang hadir di majlis tersebut, beliau menyebutkan tentang
bajet, menjelaskan tentang subsidi dan beliau sebut mengenai gula.
"Di situ saya
menyebutkan kita nak menjaga kesihatan, tapi bukan tujuan saya untuk
mencemarkan nama baik Allahyarham ataupun merendah-rendahkan beliau kerana kita
tahu Allahyarham ialah seorang pemimpin yang berjasa."
"Tapi apa pun
sebagai manusia kalau kenyataan itu disalah tafsirkan ataupun dirasakan
menyinggung keluarganya saya mohon maaf. Sebagai seorang Islam kadang-kala
kalau ada terlanjur kita minta maaf. Itu yang penting," kata Muhyiddin.
Muhyiddin pada hari
Sabtu lalu mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang
diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.
Beliau dilaporkan
berkata, "pengurangan subsidi itu untuk manfaat orang ramai dan hadirin
yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang
dideritai Azizan."
Media-media pembangkang
kemudian 'spin' isu tersebut daripada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz
Omar yang mendakwa Muhyiddin mempersendakan kematian Azizan.
No comments:
Post a Comment