Melayu yang menyertai Parti Komunis Malaya (PKM)
diibaratkan sebagai alat atau dipergunakan untuk kepentingan komunis meluaskan
kuasa dan idealoginya dan bukan mahu memerdekakan negara seperti yang
dikehendaki orang Melayu.
Atas sebab itu PKM sukar menerima sokongan daripada orang
Melayu sebaliknya mendapat sokongan daripada orang Cina.
| 
   
Dalam taklimat itu, Musa menerangkan kepada mereka
  bahawa pemberontakan komunis di Tanah Melayu boleh disifatkan sebagai
  hancur-leburkerana hanya menerima sokongan yang sedikit daripada kaum
  Melayu. 
Bukti yang jelas bahawa PKM sekadar mempergunakan Musa
  adalah apabila dia mengaku telah diarahkan oleh Siow Chong dan seorang lagi
  pemimpin PKM, Chin Jui untuk tidak menceritakan situasi sebenar kepada semua
  peserta ceramah itu mengenai kedudukan PKM yang kian merosot, bertujuan
  mengelak semangat mereka luntur. 
Beberapa lagi pemimpin PKM Melayu lain turut menerima
  arahan daripada Chin Peng. Antaranya Shamsiah Fakeh dan suaminya, Ibrahim
  Mohamad yang juga Pengerusi Angkatan Pemuda Insaf (API) Johor serta salah
  seorang pemimpin Rejimen Ke-10, Mohd. Amin. Ketiga-tiga mereka pernah
  diarahkan oleh Chin Peng untuk menyambung pelajaran ke China. 
Perkara itu berlaku pada penghujung tahun 1956 dan
  mereka diarahkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang latihan ideologi. 
Sepanjang mengikuti pengajian di Institut Marx and Lenin
  yang terletak kira-kira 16 kilometer dari Chungking, ibu negeri wilayah
  Szechuan, Shamsiah bersama Ibrahim dan Mohd. Amin, seperti juga pelajar lain,
  perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan seperti mana pusat pengajian tinggi
  yang lain. 
Keluasan institut itu adalah kira-kira 24 hektar dan
  kawasan institut itu dahulunya dimiliki oleh seorang jutawan hartanah. Sebuah
  banglo dijadikan pejabat utama institut dan keseluruhan kawasan itu
  dipisahkan oleh tembok pagar berduri setinggi 2.4 meter. 
Semua pelajar di institut itu perlu mematuhi arahan
  termasuk tidak dibenarkan keluar sesuka hati. Mereka tidak dibenarkan keluar
  dari kawasan itu bersendirian dan tidak dibenarkan bertemu dengan orang awam.
  Malah pintu masuk ke institut itu dikawal Tentera Pembebasan Rakyat (PLA)
  setiap masa. Pakaian pelajar juga termasuk ahli PKM Melayu adalah seperti
  penduduk tempatan di negara itu bertujuan sebagai penyamaran. 
Selain diberi pengawasan yang ketat, pemimpin Melayu
  PKM pernah ditegur kerana menceritakan perihal dalaman yang berlaku di PKM.
  Musa pernah ditegur oleh Siow Chong kerana mendedahkan kepada pegawai ILD
  Rusia, Alexander Markov pada tahun 1957 tentang hubungan sulit melibatkan
  bekas Setiausaha Agung PKM, Loi Tek dan pergolakan dalaman parti itu sehingga
  menyebabkan dia keluar daripada PKM. 
Bagi Siow Chong, perkara itu tidak perlu didedahkan dan
  ini merupakan salah satu daripada keadah PKM untuk menutup kelemahan dan
  pergolakan yang berlaku dalam parti itu. 
Sumber: Utusan Online 
 | 
 
Haikatnya PKM itu hanya mahu mencari sokongan daripada
rakyat Malaysia terutama orang Melayu dalam merealisasikan impian mahu
menjadikan Malaysia sebagai negara komunis.

No comments:
Post a Comment