Kenyataan terburu-buru kebanyakan pemimpin politik di
Malaysia berhubung sumbangan dan peranan komunis yang diterajui Chin Peng
bersifat kepentingan politik semata-mata tanpa memikirkan sikap kemanusiaan
yang telah berlaku ke atas ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah terkorban
dalam semasa zaman komunis.
Jangan hanya kerana kepentingan politik maka rakyat dan
bekas-bekas tentera dan polis yang telah terkorban dan cacat anggota badan
disebabkan kerakusan dan keganasan komunis menjadi mangsa keadaan.
Berdasarkan catatan di bawah hasil tulisan pendakwah
terkenal Prof Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah dijangka dapat menyedarkan
pemahaman bekas Menteri Besar Selangor yang telah mengeluarkan kenyataan yang
bercanggah dengan fakta sejarah.
| 
   
KENYATAAN bekas Menteri Besar Selangor yang mengatakan
  gambaran salah dilakukan oleh beberapa media tertentu, mengenai mendiang Chin
  Peng dan gerakan komunis di Malaysia perlu diberikan perhatian. 
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, media
  tersebut menyelewengkan kebenaran dan menakut-nakutkan rakyat dengan
  melabelkan Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara. 
Katanya, “memang betul ramai orang Melayu mati semasa
  penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun”. 
Pendapat ini bercanggah dengan fakta ilmu dan akademik.
  Sepanjang pembelajaran dan kajian saya, berlatar belakangkan sejarah dan
  politik, ketika kependudukan Jepun selama hampir 4 tahun, yang menjadi mangsa
  adalah orang Cina, bukan orang Melayu, dari segi peratusan bilangan penduduk
  ketika itu. 
Orang Jepun amat memusuhi orang Cina. Begitu juga Cina
  terhadap Jepun. Permusuhan dan dendam tidak berkesudahan. Berasaskan sejarah,
  Jepun bermusuh dengan negara China sejak dahulu lagi. Kedua negara ini pernah
  berperang antara 1895 dan 1937. 
Apabila Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu pada
  1941-1945, kesempatan digunakan untuk membalas dendam kepada orang Cina.
  Orang Cina berada dalam ketakutan. Jepun tidak teragak-agak untuk membunuh
  dan menyeksa orang Cina yang ditemui. 
Jepun turut mahukan orang Melayu memusuhi Cina,
  walaupun Melayu tidaklah bersifat sedemikian. Untuk menjayakan misi itu,
  Jepun berbaik-baik dengan Melayu. Ramai Melayu dilantik menjadi polis dan
  pengintip. 
Orang Melayu diminta memberi maklumat  kedudukan dan pergerakan orang Cina. Pendek
  kata, tidak ramai orang Melayu dibunuh atau dianiaya oleh Jepun. 
Isu hubungan dua hala antara Malaysia-China, bukanlah
  bermakna kita mengiktiraf komunis. Dari hubungan diplomatik dan ekonomi,
  tidak salah kita mengadakan hubungan dengan negara komunis termasuk Rusia,
  Korea Selatan dan sebagainya. Kita tidak akan menjadi komunis dengan hubungan
  ini. 
Fakta mengatakan China banyak memberi bantuan kepada
  PKM turut boleh dipertikaikan. Sebenarnya tidak banyak bantuan  diterima daripada PKM daripada komunis
  China. 
Ini kerana, mereka yang berhijrah ke negara lain sudah
  tidak diiktiraf dan diterima untuk kembali semula ke China. Negara China juga
  pada ketika itu dalam kesusahan. Bagaimana komunis China boleh bantu PKM
  dengan begitu banyak? 
Tanya orang Cina pada hari ini, adakah mereka mahu
  kembali ke China. Semua tidak mahu. Sekadar melawat China bolehlah. Malah
  ramai rakyat China ingin menjadi warganegara Malaysia. 
Kata bekas menteri besar itu lagi: “Kita harus anti
  Jepun dan British lebih besar lagi. Mereka bunuh orang Melayu lebih ramai
  daripada komunis. Kekejaman British juga tidak boleh dipandang enteng setelah
  Tok Janggut mati digantung di Kelantan dan Tok Bahaman dibunuh di Pahang”.
  Kempen menentang penjajah British dan Jepun perlu lebih hebat”. 
Selaku seorang negarawan, saya amat berharap bekas
  menteri besar itu tidak keluar kenyataan 
  menyakitkan rakan-rakan seperjuangan beliau sebelum ini. 
Membandingkan penjajahan British yang begitu lama
  dengan kependudukan Jepun (bukan penjajahan) yang pendek adalah ultra kiasu. 
Cubalah fahami perancangan licik ultra kiasu daripada
  memusuhi rakan seperjuangan dahulu. Apakah kita tidak nampak seluruh ultra
  kiasu bersatu hati apabila kepentingan dan identiti mereka tercabar dan
  dicabar. Mereka akan mencari seribu satu macam alasan untuk menjustifikasikan
  tindakannya seolah-olah nampak betul dan mempunyai bukti. 
Pada saya komunis tetap komunis. Tidakkah kita
  bersimpati dengan mereka yang menjadi mangsa komunis seperti ribuan anggota
  polis dan tentera serta ahli keluarga terkorban dan cacat, akibat keganasan
  komunis sebelum berjaya dibanteras sepenuhnya? 
Apakah kita sudah lupa jerangkap samar dipasang  komunis di dalam hutan serta
  kampung-kampung Melayu yang dibakar komunis? 
Pada saya, sama ada Chin Peng disemadi di sini atau
  tidak, bukan isu. Sama juga kedudukan Dr Azhar dan Nordin Mat Top. Dalam
  Islam, apabila matinya anak Adam maka terputuslah amalannya, kecuali tiga
  perkara, sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dan doa daripada anak-anak soleh. 
Sebab itu kita tidak kisah ada tanda kubur (abu) atau
  tidak. Dahulu, ketika menunaikan haji menggunakan kapal, jika ada jemaah  meninggal, ia akan dihanyutkan ke dalam
  laut. Begitu juga mereka yang meninggal ketika tunai haji. Rohnya sudah
  kembali kepada ALLAH. Jasad sudah tidak penting lagi ketika itu. 
 | 
 
p/s: Dalam artikel sebenar, Sinar Harian telah GAGAL
meletakkan perkataan Selangor ke atas ayat bekas menteri besar... yang
sebenarnya mengikut pendapat penulis blog sebagai bekas Menteri Besar Selangor.

No comments:
Post a Comment