Thursday, February 27, 2014

Kini, bermulanya episod serangan peribadi Rafizi Ramli ke atas calon Bebas, PRK DUN Kajang, Datuk Zaid Ibrahim yang dahulunya pernah bersama Rafizi Ramli dan PKR. Datuk Zaid Ibrahim dikatakan telah menyalahgunakan kuasa yang ada padanya dalam soal pemberian tender dan projek yang melibatkan kerajaan Negeri Selangor. Jika sebelum ini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin pernah menyerang peribadi calon BN demi kesungguhan untuk memenangkan...

Wednesday, February 12, 2014

Media mahupun pengamal media sosial propembangkang sudah mula mempromosikan aktiviti ceramah berbentuk kempen Anwar Ibrahim di kawasan DUN Kajang sejak beliau mengumumkan sebagai calon DUN Kajang. Malah, lebih teruk Anwar Ibrahim bersama dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berkempen secara terang di surau dan masjid di sekitar Kajang. Itu pun polis masih belum menerima laporan berhubung kempen awal yang dilakukan Anwar Ibrahim. Seperti...

Wednesday, January 15, 2014

Dengan bangganya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengatakan rakyat dan ramai pemimpin ahli politik tidak faham berkenaan dengan akta Perkhidmatan Air 2006 mengikut Fasal 114 yang didakwanya akan dikenakan Kerajaan Pusat sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tidak berhati-hati dalam menandatangi perjanjian air. "Saya tidak rasa rakyat faham Fasal 114 ini. Malah ramai ahli politik yang tak faham kuasa akta ini. "Fasal 114 membolehkan kerajaan...

Monday, January 13, 2014

Cadangan wakil rakyat DAP untuk membawa usul meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988 bakal memberi kesan terhadap hubungan parti itu dengan PAS dan PKR yang mengetuai kerajaan negeri, demikian kata seorang ahli akademik.    Dr Amini Amir Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat perkara itu menjadi ujian terbesar dalam menguji kredibiliti dan pegangan agama wakil rakyat...

Sunday, January 12, 2014

Tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menggugurkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS boleh disifatkan sebagai ‘balas dendam’ dengan apa yang pernah dilakukan Azmin sebelum ini terhadap Khalid Ibrahim. Inilah peluang terbaik yang dimiliki Khalid Ibrahim dalam misinya membalas dendam setelah sekian lama dibuli Azmin dalam PKR. Bagi kebanyakan penganalisis politik melihat situasi Azmin...

Friday, January 10, 2014

Mengelirukan. Itulah yang boleh diperkatakan ke atas tindakan pembuat minuman arak yang meletakkan sijil halal keluaran JAKIM ke atas tin minuman. Usaha licik ini dilihat sebagai sebahagian cuba untuk merosakkan umat Islam kerana mereka percaya Islam melarang umatnya meminum arak dan disifatkan arak sebagai haram. Sehubungan itu, JAKIM telah menafikan sekeras-kerasnya memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat...

Thursday, January 9, 2014

Sekarang ini semua rakyat boleh melihat, siapa lagi berkuasa sama ada Kerajaan PKR Selangor atau DAP Selangor? Desakan DAP Selangor khususnya menerusi 3 orang ADUN DAP Selangor sebelum ini telah membawa kepada pengeluaran dua ‘arahan’ yang mencetuskan kontroversi. Arahan pertama yang diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini ialah JAIS perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi...

Wednesday, January 8, 2014

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (Comango) adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta  Pertubuhan 1966 (Akta 335).     Ketua Setiausahanya, Datuk Mohamad Khalid Shariff berkata pengesahan itu dibuat berikutan semakan rekod oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP).     "Daripada 54 pertubuhan yang menganggotai...

Tuesday, January 7, 2014

Cadangan tiga wakil rakyat DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 disifatkan sebagai melampau dan tidak menghormati serta mencabar Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, enakmen tersebut telah diluluskan khusus untuk umat Islam dan tidak mengganggu-gugat agama-agama lain. Beliau berkata, undang-undang itu juga amat penting...

Mufti Perak telah mengeluarkan kenyataan bersifat ‘mengganggu’ peserta dan penganjur Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember lepas apabila mengeluarkan kenyataan berkaitan ‘Bughah’ dan ‘Halal Darah’. Mana tidaknya, lihatlah bagaimana keadaan Himpunan Guling Kerajaan pada malam sambutan tahun baharu 2014 sehingga mengganggu majlis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka dan mencederakan beberapa anggota polis yang mengawal. Biarpun...

POPULAR ARTIKEL