Wednesday, February 12, 2014


Media mahupun pengamal media sosial propembangkang sudah mula mempromosikan aktiviti ceramah berbentuk kempen Anwar Ibrahim di kawasan DUN Kajang sejak beliau mengumumkan sebagai calon DUN Kajang.

Malah, lebih teruk Anwar Ibrahim bersama dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berkempen secara terang di surau dan masjid di sekitar Kajang. Itu pun polis masih belum menerima laporan berhubung kempen awal yang dilakukan Anwar Ibrahim.

Seperti biasa dalam perkara ini polis mahupun SPR akan ‘kalah’ disebabkan sikap licik Anwar Ibrahim dalam setiap hal dan boleh dikatakan kebal dalam undang-undang negara.

Susulan daripada polis akan memanggil penganjur kempen membabitkan calon PRK DDUN Kajang, Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan kerana gagal mengemukakan makluman awal kepada polis sebelum berkempen hanyalah semata-mata prosedur dan pastinya akan terlepas daripada sebarang bentuk hukuman biarpun terang melakukan kempen politik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata,  tindakan itu diambil susulan tiga kertas siasatan yang dibuka polis kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen.

Menurutnya polis akan melakukan siasatan secara menyeluruh di bawah Seksyen  9 (5) akta berkenaan.


Sehingga kini polis belum lagi menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung beberapa kempen yang diadakan di kawasan DUN berkenaan  baru-baru ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, mereka yang memulakan kempen lebih awal boleh dikenakan tindakan dan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kempen sebelum penamaan calon tidak termasuk dalam kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berdepan risiko hilang kelayakan bertanding di DUN Kajang sekiranya memulakan kempen lebih awal.

Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah akta itu, boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 dan RM20,000 jika melibatkan kanak-kanak.


“Mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Pilihan raya, sesiapa yang disabitkan oleh mahkamah seksyen dan didenda RM5,000, maka tidak layak dipilih di dalam pilihan raya.

0 comments:

Post a Comment

POPULAR ARTIKEL